• IMG_6515
1

NOVEL KAPTEN HUD ESHAN - MAWAR PUTIH

Regular price
RM 43.00
Sale price
RM 43.00
Regular price
RM 0.00
Free worldwide shipping | FORTUNELLE BOOKSTORE
Free worldwide shipping
Secure payments | FORTUNELLE BOOKSTORE
Secure payments
7 Days Free Return | FORTUNELLE BOOKSTORE
7 Days Free Return

Hani jatuh cinta dahulu, namun Eshan?


Hud Eshan, seorang lelaki berpangkat Kapten (U) di Pangkalan Udara Jugra, digeruni di medan perang.


Dia handal dalam penggunaan senjata—disegani musuh, ditakuti lawan. Namun hanya rakan-rakan terdekat yang tahu betapa gilanya perangai lelaki ini di luar uniformnya. Hidupnya hanyalah tentang tugasan, disiplin, dan tanggungjawab pada negara.


Perkahwinan? Itu bukan sesuatu yang pernah terlintas di fikirannya.


Sehinggalah muncul seorang gadis yang entah mengapa, setiap kali melintas di hadapannya, hatinya terasa tidak kena.


"Lepasni, jangan datang sini dah. Aku tak nak orang salah anggap."


"Tak peduli." - Hani Manisha


Bukan debar, tapi marah.


Bukan benci, tapi resah.


Hani Manisha, gadis bekerjaya yang baru menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda, tidak tahu bagaimana lelaki bermata tajam itu mampu mencuri tumpuan dan hatinya walau hanya dengan satu pandangan.


"Bila tuan nak suka saya balik ni? Penatlah kejar." - Hani Manisha


"Siapa suruh kejar. Pergi cari orang lain sana." - Hud Eshan


Walau dianggap perigi mencari timba, Hani tida peduli. Dia tahu apa yang dia mahu cuma lelaki bernama Hud Eshan.


Dalam diam, usaha Hani menembusi dinding hatinya yang beku, dan tanpa sedar, cinta itu berbaloi—perit, tapi pasti.


Mampukah yang bermula daripada keberanian seorang wanita akan kekal hingga ke akhirnya? Atau sebenarnya kali ini, dia yang jatuh dahulu ... tetapi dia yang jatuh lebih dalam?