• IMG_5156
1

NOVEL ISTERI YANG DIBENCI - AMMARA AYYASH

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Free worldwide shipping | FORTUNELLE BOOKSTORE
Free worldwide shipping
Secure payments | FORTUNELLE BOOKSTORE
Secure payments
7 Days Free Return | FORTUNELLE BOOKSTORE
7 Days Free Return

BLURB


Semasa berada di tingkatan 6, Nuha secara terang-terangan melancarkan misi pikat hati Cikgu Hazreq. Dia tak peduli tentang pelajarannya sebab target dia adalah menjadi isteri cikgu itu. 


"Tapi cikgu... Hati saya ni tak ada topik yang mampu buat saya hafal macam saya hafal nama cikgu." - Nuha 


Tapi bagi Cikgu Hazreq, dia cuma menganggap Nuha cukup sebagai seorang pelajar STPM. 


"Antara kita ada jurang, Nuha. Saya tak mampu anggap awak lebih dari seorang pelajar." -Cikgu Hazreq


Tapi Nuha tidak berputus-asa terlalu awal. Dia lakukan macam-macam untuk curi hati Cikgu Hazreq sehingga lah dia dapat berita yang cikgu itu sedang berhubungan dengan cikgu praktikal di sekolah mereka. 


Habis sahaja STPM, Nuha semakin gusar apabila Cikgu Hazreq semakin rapat dengan cikgu praktikal itu. Ini mendorong Nuha untuk buat kerja gila dengan memerangkap cikgu dia sendiri. 


Saat semuanya berjalan sesuai seperti yang dia rancang, Nuha terkejut apabila muncul seorang lagi 'Cikgu Hazreq' yang membuatkan dia keliru. 


"Nuha, tu kembar cikgu. Apa awak dah buat ni?" Cikgu Hazreq


Dunia terasa gelap. Rupanya dia tersalah perangkap. Lelaki yang ada serumah dengannya ketika itu adalah Hazrel, kembar seiras Cikgu Hazreq. 


"Kau hadir dalam hidup aku sebagai beban. Kau perangkap aku dan rosakkan hubungan aku dengan Sofea. Kau buat aku terjebak dalam perkahwinan ni sedangkan bukan aku yang kau nak!" -Hazrel


Ya, dia bencikan Nuha sebab keputusan bodoh gadis itu akhirnya menjebakkan dia dalam perkahwinan yang dia sendiri tak pernah bayangkan seawal ini. 


"Saya minta maaf. Sumpah saya tak tahu yang cikgu ada kembar. Saya ingatkan malam tu awak adalah dia."- Nuha 


"Kalau kata maaf kau dapat pulihkan maruah aku, aku akan terima."- Hazrel


Cikgu Hazreq dia tak dapat, sekarang disatukan pula dengan Hazrel. Lelaki yang sangat bencikan dia dan menganggap kehadiran dia hanyalah beban. 


Dapatkah Nuha lembutkan sekeping hati milik Hazrel atau dia Hazreq akan kembali menyambut cinta Nuha yang dia pernah sia-siakan?