• IMG_4286
  • IMG_4287
  • IMG_5338
  • IMG_5324
1

NOVEL HIM FOR HER - ROSEMIERRA

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 0.00
Free worldwide shipping | FORTUNELLE BOOKSTORE
Free worldwide shipping
Secure payments | FORTUNELLE BOOKSTORE
Secure payments
7 Days Free Return | FORTUNELLE BOOKSTORE
7 Days Free Return

Blurb Him For Her 


Pernah tak kau benci seseorang separuh mati… tapi dalam masa yang sama kau masih cinta? Kau marah kerana cinta itu dikhianati. Kau terseksa kerana rindu tak mahu pergi. Dan yang paling menyakitkan, kau terluka kerana tak pernah mampu melepaskan dia sepenuhnya.


Itulah yang membunuh jiwa Arsyad setiap waktu.

Rindu. Kesal. Marah. Semuanya bersatu menjadi racun dalam hatinya. Isterinya memilih pergi demi hati yang lain, meninggalkan dirinya terumbang-ambing. Seperti dipaksa terus bernyawa dengan hati yang nyaris mati.


Kini, takdir menemukan mereka semula. Dendam yang dipendam selama ini kian membara dan rahsia lama menunggu masa untuk terbongkar.


 “Kau boleh tanya lagi kenapa aku layan kau macam ni? Haura, kau dah lupa ke siapa khianat cinta kita dulu? Kau lupa?!”

— Arsyad Taqgi Mohammed


 “Astaghfirullah, Arsyad! Istighfar! Kalaupun saya bersalah waktu tu, awak tak berhak untuk buat kerja Tuhan!”

— Haura Damia


Berapa lama hati mampu bertahan bila rindu dan benci menuntut tempat yang sama? Mungkin cinta akan menemukan jalan pulang… atau mungkin, menuntut pengorbanan terakhir sebelum sempat mekar.