NOVEL DIA MILIK DALLYSA - NSSASA
- Regular price
- RM 32.00
- Sale price
- RM 32.00
- Regular price
-
RM 40.00
Share
NUH DASUQI, seorang penghantar bungkusan yang kehilangan ibu di usia muda.
Kehilangan bagi Nuh hanyalah sementara dan hidupnya dikurniakan pula seseorang gadis yang sudah lama mengambil tempat di hatinya.
Bagi Nuh, dia diuji dengan kehilangan doa seorang ibu tetapi dihadirkan seseorang yang bakal mendoakan dirinya.
"Ya Allah, jadikanlah dia jodoh dan takdir ekspress untuk aku." — NUH DASUQI
Namun, bagi pihak si gadis pula inginkan lelaki untuk dia melihat dunia luar.
NUR MAAYSA DALLYSA, seorang anak yang tidak diberi kepercayaan untuk berdikari dan bebas ke mana-mana. Hidupnya hanya berkurung di rumah.
Bertemu dengan Nuh Dasuqi adalah satu bonus bagi dia.
"Saya penat jadi anak bongsu. Sebab itu saya nak kahwin, saya nak keluar dan tengok dunia luar sana." — NUR MAAYSA DALLYSA
Segala-gala rancangan Dallysa berubah apabila ibu bapanya menjual ayat 'anak derhaka' kepadanya. Dallysa berbelah bahagi.
Adakah dia sahaja yang bergelar anak derhaka?
"Kahwin dengan saya, awak akan dapat ke mana-mana yang awak nak pergi." —
NUH DASUQI
Lamaran Nuh telah membuka hati Dallysa untuk melindungi mental dan emosinya. Satu per satu perasaan yang dipendam lama itu diluahkan.
Setiap masa Nuh bersama Dallysa. Asalkan pemilik hatinya bahagia, dia cukup bahagia.
Kerana dia Jodoh & Takdir Ekspress milik Nuh.