• IMG_4096
1

NOVEL RAJA FOR ANGEL COLLECTOR EDITION SOFTCOVER

Regular price
RM 75.00
Sale price
RM 75.00
Regular price
RM 0.00
Free worldwide shipping | FORTUNELLE BOOKSTORE
Free worldwide shipping
Secure payments | FORTUNELLE BOOKSTORE
Secure payments
7 Days Free Return | FORTUNELLE BOOKSTORE
7 Days Free Return

SINOPSIS RAJA FOR ANGEL !! 


Eshal Alaya, seorang gadis muda berjiwa besar dalam bidang seni bina, tidak pernah menyangka pertemuan tidak sengajanya dengan seorang lelaki tampan di hadapan KLCC akan mengubah takdir hidupnya.


Lelaki itu adalah Raja Ummar, seorang arkitek muda yang karismatik, tetapi yang lebih mengejutkan Eshal adalah mengetahui bahawa Raja Ummar merupakan bos di tempat dia akan menjalani latihan industri.


"Kau anak Sir Han Jungwon, CEO HJ

Empire. Kan?"-RAJA UMMAR


"Err... tuan kenal ayah saya?" -ESHAL ALAYA


"Did you study about my company? Do you know that Black Angels Studio had a collaboration with HJEmpire before?"-RAJA UMMAR


"Seems like you are not intersted to know more about Black Angels." -RAJA UMMAR


Semasa menjalani intern di syarikat seni bina terkenal, Black Angel Studio, Eshal bekerja rapat dengan Raja Ummar yang mula kagum dengan keekalan, semangat, dan kecantikan dalaman Eshal. Di sebalik hubungan profesional itu, Raja Ummar mula menyimpan perasaan terhadap Eshal.


Permulaan kisah mereka agak berliku apabila

Eshal terperangkap dalam dilema cinta.


Ummar, yang setia menantikan perhatian Eshal, harus berdepan dengan kenyataan bahawa wanita yang dicintainya jatuh hati kepada abangnya sendiri. Di pihak Eshal, dia bergelut dengan perasaannya yang bercelaru

- di antara dua lelaki, masing-masing dengan kelebihan tersendiri.


"Kita yang bertentang mata dulu. Sepatutnya kau cintakan aku, bukan Luqman. It's not fair, Angel."-RAJA UMMAR


"You think it's that easy? That I can just forget him because you said so?"-

ESHAL ALAYA


"No, I don't think it's easy. But I believe you deserve someone who's not torn between you and someone else. Don't be so stupid, Angel."-RAJA UMMAR


Setelah menamatkan latihan industrinya, Eshal memutuskan untuk menjauhkan diri, membawa hati yang keliru dan meninggalkan kedua-dua lelaki itu tanpa jawapan yang pasti. Beberapa tahun kemudian, setelah berjaya menamatkan pengajian dan bergelar graduan seni bina, takdir menemukan semula Eshal dan Ummar. 


Ummar menawarkan peluang pekerjaan dengan gaji yang lumayan, dan atas permintaan ayahnya, Eshal kembali bekerja di Black Angel Studio sebagai Junior Architect, kini dengan penampilan baru yang bertudung.


"Err, saya... tak kenal encik."-ESHAL ALAYA


"Jangan ingat kau pakai tudung, aku tak kenal kau. Bukannya kau pakai tudung, kau berubah jadi Nora Danish."-RAJA UMMAR


Namun, kemunculan semula Eshal mula mengusik hati Raja Luqman yang sudah pun berkahwin dengan Haniza Lifura. Di kiri, Luqman yang mahukannya kembali, di kanan, Ummar yang mash sabar menanti.


Eshal yang tidak mahu menganggu kebahagiaan rumahtangga Luqman, dia

malas bersetuju untuk berkahwin dengan Ummar, bersama dorongan ayahnya yang mahukan yang terbaik untuknya.


"Saya akan berkahwin dengan awak, tapi bersyarat. Izinkan saya bekerja supaya saya ada tabungan sendiri andai kata awak dah tak sudi memperisterikan saya nanti."-ESHAL ALAYA


"Aku tambah hantaran. Sebiji kereta pilihan kau. Tapi kau tak perlu bekerja. Deal?"-RAJA UMMAR


"Awak bagi saya kereta termahal di dunia sekali pun, saya tetap tak akan tukar syarat saya, tuan. Saya bukan perempuan yang awak boleh beli dengan wang ringgit. Harga diri saya tak semurah itu."-ESHAL ALAYA


Tanpa cinta, hubungan mereka terjalin dengan liku dugaan. Sesabar manakah Ummar menunggu putik cinta wanita yang digelar Angel itu?