• IMG_4160
1

NOVEL LORD HADES - BELLESA

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Free worldwide shipping | FORTUNELLE BOOKSTORE
Free worldwide shipping
Secure payments | FORTUNELLE BOOKSTORE
Secure payments
7 Days Free Return | FORTUNELLE BOOKSTORE
7 Days Free Return

LORD HADES 🧝 - Belle Bellesa 


“Lord Hades nak pinang anak raja bunian.”—RAKYAT JELATA


Menurut ramalan Empayar Zerdad, Mors (raja) harus mencari Ortus (pemaisuri) untuk dijadikan isteri. Ortus itulah yang akan melindungi raja suatu hari nanti.


Hades Owais, pewaris takhta Zerdad. Dia adalah Mors, sang kematian. Namun di sebalik gelaran yang mengerikan itu, hanya satu yang dia dambakan, seorang isteri. Mimpi yang menghantuinya setiap malam membuatkan Hades yakin, gadis bermata emas itu ialah Ortus, cahaya yang telah ditakdirkan untuk menyuluh jalannya.


“Apa yang lord mahu dari ‘puak murka’ seperti saya?”—LAYESHA AKSARA


“Yang aku nak bukan puak murka tapi kau. Yang lain itu bukan kehendak aku. Itu kehendak Raja Zerdad.”—HADES OWAIS


Gadis itu ialah Layesha Aksara, dari ‘puak murka’ yang dibenci kerana menganut agama yang ditolak oleh Raja Zerdad. Demi kerajaan, demi agamanya Aksara berkorban dan menjadi isteri kepada Hades.


Namun, manusia dicipta dengan rasa dan rasa itulah yang perlahan-lahan menjentik hati mereka. 


“Siapa pun yang cipta kau… pasti DIA melakukannya dengan hati yang penuh cinta. Tak mungkin lahir ciptaan seindah ini dari tangan yang tak mencintai.”—HADES OWAIS 


“Itu caramu mencintai?” —LAYESHA AKSARA


“Raja itu menghancurkan dunia... kerana dunia telah terlebih dahulu merampas isterinya.”—RAKYAT JELATA


“Jangan mendekat. Jika kau masih ingin mendekat, pastikan langkah seterusnya adalah sujud di lututku.”—GADIS MISTERI


Antara ramalan yang menghancurkan dan cinta yang berputik, mereka terikat dalam permainan takdir. Adakah cinta mampu menyelamatkan mereka? Atau segalanya akan tenggelam dalam darah dan kehancuran yang telah tertulis?